fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di beberapa kawasan di kebanyakan negeri malam ini.

Menurut ramalan cuaca di laman sesawang MetMalaysia, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Terengganu dan kawasan pendalaman di Kelantan.

“Selain itu, hujan di satu dua tempat di kawasan pendalaman Perak, manakala tiada hujan diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor,  Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Sabah pula, ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di Pendalaman, Tawau, Sandakan dan Labuan, manakala di Pantai Barat dan Kudat pula diramal berlaku hujan di satu dua tempat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut laporan yang sama, hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Tambahan, bagi tempat melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan dan Betong pula tiada hujan diramal berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI