PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan ribut petir dijangka berlaku di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
MetMalaysia memaklumkan ribut petir di beberapa kawasan bakal berlaku di Kelantan dan Terengganu.
“Ribut petir di satu dua tempat juga diramal di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Bagi kawasan pendalaman, Perak dan Negeri Sembilan turut bakal terjejas dengan cuaca buruk yang sama di satu dua kawasan, manakala tiada hujan dijangka berlaku di Melaka dan Johor,”
Jelas MetMalaysia, ribut petir juga dijangka bakal berlaku satu dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
Dalam pada itu. WP Labuan diramal hujan di satu dua tempat.
“Di Sarawak pula, ribut petir di satu dua tempat dijangka melanda Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
“Di Kuching, Serian dan Samarahan pula dijangka hujan satu dua tempat,” tambah MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE