fbpx

Pestabola: Pan-gon tiada lagi masa bereksperimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Harimau Malaya sudah mula memahami pendekatan taktikal permainan dan Pan-gon kini lebih terarah membina jati diri pasukan khususnya berdepan lawan lebih hebat.

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah tidak ada masa untuk melakukan eksperimen berskala besar pada aksi final Pestabola Merdeka menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Ketika majoriti pemain yang dipanggil sudah mula memahami cara dan pendekatan taktikalnya, tugas Pan-gon kini lebih terarah kepada membina jati diri pasukan khususnya ketika berdepan lawan yang berada di ranking lebih tinggi.

Walaupun mungkin terpaksa berdepan kemungkinan gagal mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka, jurulatih dari Korea Selatan itu mahu pemainnya bersedia untuk mengambil risiko, sekali gus ‘melahirkan’ pasukan lebih matang sebelum menghadapi pertandingan sebenar.

“Mereka dipanggil menyertai pasukan kebangsaan, jadi mereka kena berjuang atas nama Malaysia dan itu adalah perkara utama. Tidak perlu tanya saya bagaimana pemain berjuang untuk negara kerana mereka sudah lakukan demi Malaysia dan juga keluarga mereka.

“Kami cuba perbaiki perkara ini (bolos) tetapi jangan fokus ke arah itu. Jika kami minta jangan bolos dan tidak ambil risiko ­(usaha menggandakan serangan), saya boleh minta mereka penuhkan kawasan sendiri.

“Tetapi kami mahu berikan lebih banyak gol, tampilkan permainan menarik dan sebab itu kami kena ambil risiko,” katanya.

Perhitungan dengan Tajikistan kali ini menjadi pentas balas dendam selepas lawan itu pernah mengecewakan Harimau Malaya ketika bertembung pada saingan Piala Raja Thai, 25 September tahun lalu.

Selepas hampir dua tahun membimbing pasukan, Pan-gon mula menyerlahkan perubahan besar kepada Harimau Malaya apabila mencatatkan keputusan memberangsangkan ketika menentang lawan di atas ranking 100 dunia termasuk seri ketika menentang Syria dan China, bulan lalu.

“Saya bangga dengan semua pemain kerana mereka buktikan mampu bersaing dengan pasukan di kelompok 100 terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI