fbpx

McDonald’s Malaysia tiada kaitan dengan francais di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McDonald’s Malaysia tampil buat penjelasan tindakan McDonald’s Israel bersifat peribadi.

PETALING JAYA – Syarikat makanan segera terkemuka, McDonald’s Malaysia tampil membuat penjelasan bahawa tindakan McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada tentera Zionis adalah bersifat peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan pihaknya.

Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, langkah yang dilakukan McDonald’s Israel itu sekali gus tidak mencerminkan pendirian McDonald’s Malaysia.

“Keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais tidak sepatutnya dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara rasmi.

“Tambahan pula adalah penting untuk memahami bahawa McDonald’s Malaysia ialah syarikat operasi tempatan sejak pengambilalihan dalam Lionhorn Pte. Ltd. di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017,” katanya hari ini

Selain itu, kenyataan itu turut menjelaskan bahawa McDonald’s Malaysia dimiliki oleh orang Muslim dan telah menyumbang zakat setiap tahun.

Sehingga kini, McDonald’s Malaysia menyumbang lebih RM12 juta kepada 14 negeri di Malaysia dalam usaha membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Baru-baru ini McDonald’s Israel mengumumkan restoran makanan segera itu mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel selepas kumpulan Hamas melakukan serangan pada Sabtu lalu.

Menerusi Instagram story, McDonald’s itu dilaporkan berkata, mereka telah menyumbang berpuluh ribu makanan kepada seluruh Israel dalam tempoh beberapa hari semasa konflik berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI