fbpx

MotoGP: Magis Pecco tawan Litar Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA berjaya menjulang kemenangan pada GP Indonesia di Mandalika sebentar tadi. - AFP

MANDALIKA – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia sekali lagi melakukan kejutan pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila muncul juara pada perlumbaan Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika sebentar tadi biarpun memulakan saingan di petak ke-13.

Kemenangan itu itu menyaksikan dia kembali mengungguli carta keseluruhan kejuaraan dunia selepas pencabar utamanya, Jorge Martin yang mewakili pasukan Pramac Racing terjatuh pada pusingan ke-13 biarpun berjaya menguasai perlumbaan sejak awal pusingan pertama.

Ketika saingan musim ini berbaki lima perlumbaan lagi, ia pasti menjadi aksi mendebarkan apabila Bagnaia kembali menerajui saingan mengumpul 346 mata, 18 mata membezakan dia dengan Martin.

Mengiringi Bagnaia di podium selepas perlumbaan tersebut adalah Vinales yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti pemenang tempat ketiga, Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI