fbpx

Status kecederaan Casemiro belum jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO dilapor mengalami kecederaan buku lali ketika Brazil berdepan Venezuela pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum ini. - AFP

BRASILIA – Status Casemiro untuk kembali perkuatkan Brazil dalam aksi bertemu Uruguay pada aksi kelayakan Piala Dunia, Rabu ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Bintang Manchester United itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-79 ketika seri 1-1 dengan Venezuela dan skuad pasukan perubatan The Selecao juga masih belum jelas sejauh mana tahap kecederaan buku lali dialami Casemiro.

“Dia yang meminta untuk dikeluarkan kerana ada hentakan pada buku lalinya,” kata pengendali Brazil, Fernando Diniz.

Selepas mengharugi tiga perlawanan, Argentina, Brazil dan Colombia masih cemerlang dengan rekod tanpa kalah, namun La Albiceleste masih mendahului carta dengan mata maksimum.

Bagaimanapun, Casemiro tidak mahu situasinya sekarang beri kesan besar kepada pasukan untuk menghadapi Uruguay, namun perlu kekal dengan mentaliti positif dan semangat yang jitu untuk mereka meraih kemenangan.

“Sekarang kami tidak boleh merendah diri dan kena fikirkan tentang aksi dengan Uruguay,” katanya.

Perkembangan semasa ini pastinya turut menggusarkan pengendali United, Erik Ten Hag selepas 16 pemainnya sudah berdepan masalah kecederaan setakat ini menyebabkan perancangannya terjejas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI