fbpx

Dibaham buaya depan isteri, mayat warga emas ditemukan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pasukan SAR membawa mayat mangsa yang dijumpai pagi tadi.

BETONG – Mayat warga emas yang dibaham buaya di sungai berhampiran Rumah Panjang (Rh) Baloi, Skim Skrang di sini berjaya dijumpai pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat lelaki berusia 67 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 8.40 pagi oleh penduduk kampung.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak 10 meter dari lokasinya disambar buaya.

“Terdapat kesan gigitan pada bahagian leher dan kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sri Aman bagi tindakan lanjut.

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 10.28 pagi semalam, mangsa telah dibaham buaya di hadapan isterinya, ketika berada di tebing sungai berkenaan bagi mengisi air di dalam tong pam yang diguanakan untuk meracun rumput di ladang kelapa sawit dan sawah padi.

Bagaimanapun, pencarian segera ke atas mangsa gagal menjumpainya sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini oleh pasukan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama penduduk kampung. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI