fbpx

Ibrahimovic trauma minum jus di Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIMOVIC terkejut Manchester United memotong gajinya sebanyak satu paun hanya gara-gara dia minum jus buah di mini bar ketika bertugas (sebelum perlawanan) di sebuah hotel.

MANCHESTER – Penyerang sensasi antarabangsa Sweeden, Zlatan Ibrahimovic mendedahkan beliau trauma minum jus buah di Manchester United ketika beraksi dengan kelab tersebut sejak berhijrah ke Old Trafford pada 2016.

“Suatu hari saya berada di hotel bersama pasukan sebelum perlawanan. Saya berasa dahaga, jadi saya membuka bar mini dan minum jus buah. Kami bermain dan kemudian pulang.

“Setelah masa berlalu, saya memperoleh slip gaji. Saya sedar mereka telah memotong satu paun daripada gaji bulanan saya. Saya pelik dan menghubungi pengurus.

“Maafkan saya, mengapa mereka memotong satu paun daripada gaji saya? Pengurus menjawab, ia adalah jus buah dari bar mini.

“Saya membalas, adakah anda sedang bergurau, serius? Jawab pengurus, tidak, saya tidak bergurau. Di sini (United), jika anda memesan sesuatu, anda perlu membayarnya,” cerita Ibramovic.

Ibrahimovic mengakui bahawa jus itu perlu dibayar, namun beliau menegaskan bahawa dia tidak pergi ke hotel tersebut atas kerelaannya.

“Saya bukan bercuti. Ia adalah tempat kerja saya. Saya berada di sana untuk Manchester United. Jika saya perlu bermain dan saya dahaga, saya perlu minum. Saya tidak boleh pergi ke padang dalam keadaan dehidrasi.

“Adakah kamu percaya perkara ini? Hanya jus buah? Perkara sebegitu tidak akan berlaku di Itali. Ini adalah perincian yang membezakan bagaimana seorang pengurus atau sesebuah organisasi itu memperoleh penghormatan pemain,” dedah Ibrahimovic. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI