fbpx

Warga emas maut ketika berbasikal seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berusia 62 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian. - Foto ihsan PDRM

AMPANG – Seorang pengayuh basikal ditemui maut selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ukay Perdana dari arah Kampung Pasir menghala ke Ukay Perdana, di sini, hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 2 petang tadi.Ampa

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lelaki berusia 62 tahun itu dalam perjalanan dari Ukay Perdana menuju ke arah Kampung Pasir.

“Mangsa yang berbasikal secara bersendirian itu dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan yang sedikit berbukit dan terjatuh dari basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, mangsa warga tempatan itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Ampang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI