JOHOR BAHRU – Ribuan pengunjung termasuk pekerja sebuah pusat beli-belah Sogo Mid Valley Southkey di sini terpinga-pinga apabila diarahkan mengosongkan bangunan itu secara tiba-tiba petang tadi.
Hal ini menyebabkan timbul kekecohan setelah kesemua mereka berkumpul di ruang parkir terbuka di pusat beli-belah itu sekali gus menimbulkan mengundang pelbagai spekulasi.
Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati orang ramai masih berada di tempat berkumpul yang diarahkan tanpa mengetahui sebab diarahkan keluar.
Seorang peniaga kedai kedai makan yang hanya dikenali sebagai Saiful, 20an, berkata, mereka diarahkan mengosongkan bangunan itu perlu dikosongkan kira-kira 6.30 petang tadi.
“Pada awalnya kami menjangkakan hanyalah latihan kebakaran seperti sebelum ini. Kami agak terkejut kerana ini pertama kali dapat arahan kosongkan bangunan seperti ini, keadaan jadi panik apabila ada kejadian sebenar berlaku.
“Sehingga kini kami tidak tahu apa punca kejadian sehingga perlu mengosongkan bangunan,” katanya ketika ditemui di tempat letak kereta pusat beli-belah itu di sini hari ini.