fbpx

Wanita maut, adik parah dalam nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Kenari yang terlibat nahas di Kilometer 18, Jalan Seremban Tampin, di sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi. - IHSAN BOMBA

REMBAU – Seorang wanita maut, manakala adiknya parah selepas terbabit dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 18, Jalan Seremban Tampin, di sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian berpunca apabila sebuah Perodua Myvi yang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin telah hilang kawalan sewaktu di tempat kejadian.

“Seterusnya kereta itu memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta Perodua Kenari yang datang dari arah Tampin menghala ke Seremban,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, pemandu kereta Perodua Kenari, Nurul Huda Ariffin, 27, meninggal dunia di Hospital Rembau manakala adiknya Muhamad Haziq Arifin, 17, parah serta menerima rawatan lanjut di Zon Kuning hospital tersebut.

Keadaan Perodua Myvi yang terlibat nahas di Kilometer 18, Jalan Seremban Tampin, di sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi. – IHSAN BOMBA

Katanya, pemandu kereta jenis Perodua Myvi berusia 26 tahun yang beralamat di Taman Pedas Indah mengalami kecederaan patah kaki.

Hazri berkata, bedah siasat akan dijalankan kira-kira pukul 9 pagi esok dan kenderaan yang terlibat akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senawang tujuan pemeriksaan kerosakan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd. Zulfadzli Osman berkata, dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Kenari dikeluarkan oleh orang awam, manakala bomba mengeluarkan pemandu kereta Perodua Myvi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI