fbpx

Pegawai kanan miliki dua jam Rolex, beli guna duit ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eileen Mou didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya yang juga pegawai polis, tiga tahun lalu.

PETALING JAYA – Dua utas jam tangan Rolex yang dimiliki seorang pegawai kanan polis dibeli menggunakan duit hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai kanan polis yang memiliki gaya hidup mewah dan mempunyai dua jam tangan Rolex.

“Hasil siasatan awal mengesahkan jam tersebut dibeli menggunakan wang hadiah daripada ibu dan mendiang bapanya yang juga ahli perniagaan berjaya.

“JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya yang juga pegawai polis, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan kecurian dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda iaitu seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) nombor siri 0890R359 dan seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) nombor siri A9R56702.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada bulan Januari 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI