fbpx

Polis Johor kutip bayaran saman RM1.32 juta sempena program Brothers Motor 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman Mamat (tengah) beramah mesra dengan peserta program Brothers Motor 3.0 di Medini, Iskandar Puteri, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Polis Johor berjaya mengumpul kutipan saman tertunggak berjumlah RM1.32 juta menerusi penganjuran program Ramah Mesra Polis Johor Bersama Brothers Motor 3.0 yang diadakan tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jumlah bayaran saman itu melibatkan sebanyak 10,669 keping saman trafik pelbagai kesalahan.

Menurut beliau, bayaran saman itu direkodkan di kaunter pembayaran yang dibuka di kesemua 13 hentian program berkenaan di setiap Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kontinjen Johor.

“Pengunjung yang hadir menyertai program ini ditawarkan pembayaran saman dengan potongan diskaun sebanyak 50 peratus. Sepanjang tempoh tiga hari program sejak Khamis lalu, sebanyak lebih 10,000 keping saman diselesaikan dengan jumlah RM1.32 juta.

“Apa yang lebih penting adalah program ini berjaya mengumpulkan penunggang motosikal untuk bersama-sama pihak berkuasa, sekaligus meningkatkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Penunggang motosikal ini berkeupayaan menjadi mata dan telinga polis dalam menyalurkan maklumat, kerana mereka sentiasa berada di jalan raya atau mana-mana sahaja,” katanya semasa menyempurnakan majlis penutupan program tersebut, di Medini, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M. Kumar dan bekas Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd.

Tambah Kamarul Zaman, pihaknya berharap penganjuran program itu akan diteruskan ekoran sambutan menggalakkan diterima daripada masyarakat khususnya golongan penunggang motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI