fbpx

Polis Penampang gempur dua kawasan setinggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan sewaktu Op Bersepadu IPD Penampang awal pagi semalam.

PENAMPANG – Seramai 49 individu diperiksa membabitkan dua lokasi setinggan di daerah ini Op Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula 9 malam dan berakhir 2 pagi itu, seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan melalui operasi kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Majlis Daerah Penampang (MDP) terbabit.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, semua yang ditahan melibatkan 12 warga Filipina dan tiga warga Indonesia.

“Kesemua individu berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka ditahan mengikut kesalahan Seksyen 6 (1) (c) dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, operasi yang diketuainya itu membabitkan keseluruhan kekuatan seramai 38 pegawai kanan dan anggota polis, 13 penguasa Imigresen, 15 penguat kuasa MDP dan empat pegawai JPN.

“Pihak polis akan mempergiat operasi seperti ini dalam usaha untuk mengekang kemasukan dan kebanjiran PATI di dalam daerah ini.

“Polis juga menasihatkan masyarakat setempat supaya tidak memberikan ruang atau peluang kepada PATI untuk mendirikan kediaman di tanah milik persendirian ataupun menyewakan rumah kepada mereka.

“Tindakan menawarkan tempat tinggal atau tempat kerja kepada PATI adalah kesalahan yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI