fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hizbollah sedia sertai perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qassem berucap semasa perhimpunan di selatan Beirut kelmarin. - AFP

BEIRUT, Lebanon – Kumpulan Hezbollah di Lebanon memaklumkan ‘bersedia sepenuhnya’ untuk menyertai sekutu mereka di Palestin, kumpulan Hamas dalam perang menentang Israel apabila tiba masanya nanti.

Timbalan ketua Hezbollah, Naim Qassem mengeluarkan kenyataan ketika Hamas dan Rejim Zionis berbalas tembakan pada hari ketujuh konflik selepas lebih 5,000 roket dibedil dari Semenanjung Gaza, Sabtu lalu.

Israel bertindak balas dengan menyasarkan Hamas di Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 1,900 penduduk dengan kebanyakan mereka orang awam termasuk lebih 600 kanak-kanak, demikian menurut kementerian kesihatan Palestin.

“Kami sebagai Hezbollah, meyumbang kepada konfrontasi tersebut dan akan terus membantu dalam visi dan rancangan kami. Kami bersedia sepenuhnya dan apabila tiba masanya untuk bertindak, kami akan melakukannya,” kata Qassem semasa perhimpunan pro-Palestin di selatan Beirut.

Dalam ucapan Qassem pada hari yang sama ketika lawatan Menteri Luar Iran ke Beirut, beliau menolak gesaan daripada beberapa pihak supaya Hezbollah tidak menyertai perang.

“Gesaan daripada negara-negara besar, negara-negara Arab dan utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara langsung dan tidak langsung meminta kami untuk tidak campur tangan dalam konflik ini, tidak akan menjejaskan prinsip kami,” katanya.

Israel berbalas tembakan dengan Hezbollah dan sekutu Palestin di Lebanon sejak beberapa lalu. Dalam pada itu, seorang wartawan agensi berita Reuters terbunuh,  manakala enam lagi dari AFP, Reuters dan Al Jazeera cedera di selatan Lebanon semasa  terperangkap dalam serangan rentas sempadan kelmarin.

Di selatan Beirut kelmarin, lebih 1,000 penyokong Hezbollah berhimpun sebagai solidariti untuk Gaza. Mereka membawa bendera dan sepanduk Palestin yang tertera ayat ‘Semoga Tuhan melindungi kamu’. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI