fbpx

Guna Stadium Nasional Bukit Jalil tergesa-gesa  – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kualiti rumput di SNBJ malam tadi menjadi pertikaian ramai.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan pertama Piala Pesta Bola Merdeka 2023 malam tadi adalah suatu yang tergesa-gesa.

Katanya, keadaan rumput jenis Zeon Zoysia yang digunakan bagi menaik taraf padang bola sepak tersebut masih memerlukan penjagaan lebih rapi sebelum ia digunakan.

“Sebagai seorang yang pernah mengendalikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebelum ini, padang sentiasa menjadi cabaran besar. Rumput zen zoysia pemberian @hrhcrownprinceofjohor adalah pilihan terbaik.

“Malangnya, permainan malam ini di SNBJ tergesa-gesa dan rumput tidak sempat mendap.

“Saya harap FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan Stadium Perbadanan akan membaiki padang dan membenarkan ia ‘berakar’ sebelum membenarkan satu lagi perlawanan dimainkan di atasnya,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Tambah Khairy Jamaluddin, sekiranya tindakan segera tidak dilakukan, ia akan menjadi satu pembaziran hadiah daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Tunku Ismail turut menyuarakan pendapat berkenaan di laman X, susulan kualiti permukaan padang di Stadium Nasional itu yang baru dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia dipersoal peminat bola sepak tanah air sewaktu perlawanan Malaysia menentang India malam tadi.

“Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim.

“Tetapi pasukan kebangsaan nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa,” ciapnya ketika membalas hantaran seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI