fbpx

Gua Musang bakal ada kompleks sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) semasa hadir ke Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Penantian penduduk di Gua Musang untuk menikmati kemudahan dan kelengkapan riadah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila kerajaan sedia membina sebuah kompleks sukan di daerah ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan berunding dengan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merealisasikan pembinaan kompleks tersebut.

“Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menjadi peneraju utama kepada pembangunan di Gua Musang.

“Insya-Allah, jika tidak tahun ini, saya akan usahakan pada tahun depan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid memberitahu, sebanyak RM267 juta telah diperuntukan kepada Kelantan untuk membina kemudahan sukan sebagai persediaan bagi acara Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2028.

Katanya, peruntukan yang disuntik itu bersesuaian dengan acara-acara yang akan dipertandingkan kelak.

“Pada saya, paling penting adalah sukan menjadi medium bagi mewujudkan integrasi dalam kalangan rakyat dengan melupakan warna-warna politik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI