fbpx

424,000 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha.

SEGAMAT – Seramai 424,000 orang kanak-kanak di negara ini dikesan mengalami isu kesihatan mental dan menunjukkan trend meningkat sepanjang tahun lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, angka tersebut berdasarkan laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Trend ini dilihat agak semakin meningkat selepas daripada Covid-19 atau pasca Covid-19.

“KKM memang meneliti dan mengambil berat tentang perkara ini selain melakukan beberapa intervensi serta kerjasama dengan agensi lain khususnya berkaitan kanak-kanak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“KKM juga mengambil pendekatan turun padang memberi pendedahan tentang kesihatan mental ini dan bagaimana pentingnya masyarakat perlu mengambil perhatian tentang kesihatan mental serta bekerjasama membantu mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Karnival Segamat Sihat sempena Hari Sukan Negara, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Kesedaran Kanser Peringkat Daerah Segamat di Dataran Segamat di sini hari ini.

Tambah Dr. Zaliha, antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak terjebak dengan isu kesihatan mental adalah disebabkan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga.

“Pelbagai permasalahan kita telah diberitahu khususnya kanak-kanak yang duduk dalam keluarga B40 dengan emak dan ayah terpaksa keluar bekerja.

“Kebanyakan mereka ditinggalkan di rumah bersendirian atau menjaga adik-beradik yang lain.

“Terdapat juga faktor daripada sudut ke arah remaja seperti masalah perhubungan keluarga dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI