fbpx

Laluan Kilometer 124 LPT1 arah timur akan ditutup sehingga Mac 2024 – Anih Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengendali Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad memaklumkan, laluan arah timur di Kilometer 124 berdekatan Lanchang ke Temerloh akan ditutup bermula 16 Oktober depan.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Anih Berhad berkata, penutupan tersebut akan dilakukan sehingga Mac tahun hadapan, bagaimanapun pihaknya akan melencongkan laluan tersebut menggunakan laluan kontra.

Jelasnya, langkah tersebut diambil bagi membolehkan kerja peningkatan aras laluan utama dijalankan, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir di lokasi terlibat.

“Semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala Lumpur) dan pelaksanaan aliran kontra akan dibuat sepanjang tempoh tersebut,”katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu kata Anih Berhad, menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi untuk keselamatan.

Pengguna juga boleh mendapatkan informasi terkini di saluran ANIH TV atau media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan X (@LPTTrafik), serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di X (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) atau hubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88-7752, jika berlaku kecemasan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI