fbpx

KPM komited laksanakan pembangunan pendidikan manusiawi – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bertanyakan sesuatu kepada murid berkeperluan yang menyertai Program Kecergasan KPM di Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Pendidikan (KPM) menyifatkan peruntukan bajet RM58.7 bilion untuk pembangunan pendidikan negara adalah tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perkara itu akan disambut dengan dua perspektif pendidikan manusiawi.

“Pertamanya, dari segi akses pendidikan, ia adalah peruntukan terbesar pernah diterima kementerian dengan pembinaan 26 buah sekolah baharu diluluskan termasuk dengan perluasan 26 buah prasekolah.

“Selain kelulusan 26 buah sekolah dan prasekolah tersebut, sebanyak 18 buah blok bangunan berkeperluan khas juga turut diluluskan dalam Bajet 2024,” katanya ketika ditemui di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Tambahnya, perkara paling penting dalam konteks dasar kementerian pada belanjawan kali ini adalah program Jelajah Pendidikan Masa Depan Negara yang turut diluluskan kerajaan.

Terdahulu, Fadhlina melancarkan Program Kecergasan KPM sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2023 yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli.

Menurut Fadhlina, beliau juga gembira dengan kehadiran dan kerjasama pimpinan kerajaan negeri yang hadir dan memberi sokongan kepada program kementeriannya.

Katanya, pelbagai program kecergasan dari peringkat sekolah, daerah negeri dan kebangsaan dirancang serta dilaksanakan sejajar dengan Dasar 1Murid 1Sukan bagi menggalakkan semua murid aktif dalam bidang sukan.

Pada program tahun ini, seramai 4.1 juta murid daripada 9,980 sekolah menengah dan rendah menyertai larian 1Murid 1Sukan secara serentak di seluruh negara sempena HSN 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI