fbpx

Isu rumah sewa, To’ki minta tempoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI To'ki kini dibenarkan terus tinggal dirumah sewanya sehingga 31 Oktober ini.

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal era 1990-an, To’ki meminta diberikan tempoh sehingga Ahad ini bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaan berdegil daripada arahan mengosongkan unit kediaman yang disewa seperti dilaporkan pemilik kediaman berkenaan baru-baru ini.

Perkara tersebut disampaikan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 51, sebagai memenuhi permintaan suaminya yang perlu memperincikan beberapa perkara sebelum membuka mulut.

“Saya minta maaf, To’ki tiada di rumah sekarang. Dia keluar jumpa kawan. Tetapi dia ada tinggalkan pesanan kepada saya minta sampaikan.

“Kalau nak tahu apa-apa (pasal rumah) lepas Ahad nanti dia cakap. Boleh ‘call’ semula hujung minggu ni. Jangan risau, kami cerita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Wanita berusia 51 tahun itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan pemilik rumah yang memaklumkan To’ki diberikan tempoh tinggal di kediaman tersebut sehingga akhir bulan ini saja.

Menurut Sharifah Fairuz, dia yang mewakili To’ki atau Mohd. Zaki Mansur, 58, turut menegaskan bukan semua perkara yang diluahkan tuan rumah sebagai fakta.

“Biarlah dia nak cakap apa. Bagi pihak kami pula macam ni lah, kami pun berpelajaran. Tak mengapa, tunggu nanti,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seorang penyanyi era 1990-an berdegil enggan mengosongkan rumah selain tidak menjelaskan tunggakan sewa berjumlah RM3,600 serta bil elektrik mencecah RM6,770.

Tidak mampu terus berkompromi selain mendakwa wujud beberapa isu lain membabitkan masalah kejiranan sekitar, pemilik yang mahu dikenali sebagai Liza Mohamad, 46, mendakwa membuat empat laporan polis.

Bagaimanapun, pemilik memberi kebenaran kepada To’ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan dengan wakil Baitulmal, kelmarin.

Difahamkan agensi terbabit bersetuju melangsaikan bil-bil utiliti termasuk bil elektrik serta tunggakan sewa antara Jun hingga September 2023 sebelum mencari kediaman lain untuk dihuni penyanyi yang terkenal dengan lagu Hampa itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI