fbpx

Belanjawan 2024: Pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini iaitu stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengekalan stesen-stesen itu dijangka melengkapi dan menambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang yang bakal memanfaatkan 2 juta penduduk dengan kos sebanyak RM4.7 bilion.

“Anggaran awal, LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai seperti yang dirancang Kerajaan Negeri berjumlah RM10 bilion menurut kaedah kerjasama awam-swasta (PPP),” katanya di Parlime hari ini.

Selain itu, Anwar berkata RM96 juta Dana Sokongan Bas Henti-henti disediakan bagi membantu menampung kos operasi harian pengendali bas henti-henti yang perlu meneruskan perkhidmatan di laluan kurang penumpang di kawasan desa.

“RM150 juta juga diperuntukkan bagi meneruskan Program Transformasi Bas Henti-henti termasuk meluaskan manfaatnya ke tiga lokasi baharu iaitu Kota Bharu, Kuantan dan Kota Setar.

“Kerajaan akan terus mensubsidi pengangkutan udara sebanyak RM209 ringgit untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI