PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk semua lantikan MySTEP disediakan tawaran mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah platform MyFutureJobs.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MyFutureJobs juga akan membuat padanan pekerjaan kepada mereka yang terlibat untuk membina kerjaya pada masa depan.
“Selain itu, pendekatan ini juga memberi peluang kepada mereka meraih pendapatan yang lebih tinggi.
“Inisiatif ini akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2024,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE