fbpx

Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kerajaan akan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

“Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

“Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Sementara itu, kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM50,” katanya di Parlimen hari ini.

Selain itu, katanya bayaran pertama STR untuk isi rumah yang sebelum ini maksimum RM300 akan dinaikkan kepada RM500 dan dijangka akan disalurkan sebelum Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI