fbpx

Belanjawan 2024: Insentif pengeluaran getah dinaikkan RM3 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan RM400 juta setelah mendengar keluhan pekebun getah.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ujarnya, dalam Belanjawan 2023, beliau telah menaikkan paras harga
pengaktifan daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram.

“Kerajaan memperuntukkan RM90 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Felcra Berhad (Felcra) untuk menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah ladang melalui penghasilan tanaman makanan dan ternakan seperti cendawan, nanas, kelapa matang, lembu dan ayam.

“Kerajaan akan menyediakan Insentif Program Tanam Semula Sawit dengan peruntukan RM100 juta. Insentif ini akan ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI