fbpx

Belanjawan 2024: RM110 juta untuk baiki pusat penjaja, pasar awam uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat penjaja dan prasarana pasar awam yang uzur di 150 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dibaik pulih dan dinaik taraf dengan peruntukan RM110 juta.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ujarnya, beliau berazam mahu negara ini dikenali dengan kemudahan peniaga, gerai dan warung yang bersih, indah dan selamat.

“Kerajaan menyasarkan 10,000 ribu gerai-gerai dan warung-warung kecil untuk diperindah dan ditingkatkan tahap kebersihan dengan peruntukan RM10 juta.

“Sebanyak 4,000 unit ruang niaga baharu yang seragam, selesa dan selamat akan dibina di seluruh kawasan PBT dengan peruntukan RM50 juta. Kerajaan turut bersetuju mengecualikan bayaran sewa
kiosk bagi 6 bulan pertama untuk rakyat berniaga,” katanya.

Tambahnya, Agensi MARA, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan turut menaik taraf kemudahan perniagaan.

“Usaha pembelian produk tempatan akan diperhebat melalui Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) dengan peruntukan
RM27 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI