fbpx

Umat Islam negara OIC digesa bersatu tentang Zionis – MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shukri (tiga dari kiri) dan Mohd. Asri (dua dari kiri) membaca doa sambil berdiri di atas bendera Israel bagi membantah kekejaman rejim Zionis itu di pekarangan Masjid Alwi di Kangar, hari ini.

KANGAR – Umat Islam di seluruh dunia khususnya anggota Pertubuhan Kerjasama Islam diseru bersatu menentang kezaliman Zionis dalam usaha membela umat Islam Palestin yang ditindas puluhan tahun di tanah air sendiri.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, umat Islam khususnya negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepatutnya menunjukkan kesatuan yang kuat.

“Kita minta umat Islam tidak lagi berbolak-balik menyatakan sokongan. Tidak lagi saling menyalahkan antara kita kononnya kita takut, hendak selamatkan diri dan pinggirkan perjuangan rakyat Palestin yang ditindas sejak puluhan tahun.

“Inilah juga harapan umat Islam di bumi Palestin kepada kita di Perlis, seluruh negara dan dunia agar dapat bersatu menentang kezaliman rejim Zionis,” katanya selepas Himpunan Aman Solidariti Bersama Rakyat Palestin, di sini hari ini.

Himpunan itu turut dihadiri Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersama lebih 1,000 orang yang berhimpun di pekarangan Masjid Alwi, di sini bagi menunjukkan solidariti kepada umat Islam di Palestin.

Tambahnya, sekiranya semua masyarakat Islam bersatu, umat Islam khususnya negara OIC akan menjadi kuat dan dapat menggembleng semua kekuatan yang dimiliki.

“Sekiranya umat Islam kuat, tidak ada negara yang dapat melemahkan dan menjajah kita dan tidak ada bangsa yang dapat melakukan sesuatu kepada kita.

“Saya juga menyeru kepada orang bukan Islam yang bencikan kezaliman dapat bersama dengan kita menentang kezaliman Zionis Israel yang sememangnya menjadi agenda umat Islam agar kita dapat hidup aman dan harmoni,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI