fbpx

UiTM FC akur hilang pemain tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAN (depan, dua dari kanan) bersama jurulatih, Bernhardt dan barisan pemain yang menandatangani kontrak baharu untuk mengharungi musim depan.

PASUKAN UiTM FC terpaksa akur melepaskan beberapa pemain bertaraf bintang mereka pada musim ini apabila mereka mendapatkan tawaran yang le­bih lumayan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Presiden kelab, Prof. Dr. Azizan Abdullah berkata, mustahil buat skuad The Lions Troops mengekalkan barisan pemain yang sudah mencipta nama selepas berjaya membantu pasukan tampil cemerlang menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keenam musim ini.

Difahamkan, antara pemain yang dilaporkan sudah mendapat tawaran daripada pasukan gergasi Liga M seperti Muhd. Arif Mohamed Anwar, Muhd. Da­nish Haziq Saipul Hisham dan pemain import dari Lebanon, Rabih Ataya.

“Kami tidak boleh menghalang pemain yang sudah tamat kontrak untuk kekal jika mereka sudah mendapat tawaran daripada pasukan pesaing Liga M yang lain kerana sedar dengan kekangan bajet yang telah diperuntukkan.

“Justeru, kami hanya perlu fokus dengan pemain yang sudi untuk terus berbakti dengan pasukan musim depan dan saya pasti jurulatih mempunyai pe­rancangan untuk membentuk pasukan yang mantap sesuai dengan bajet,” katanya.

Azizan ditemui pemberita pada majlis menandatangani kontrak sembilan pemain tempatan serta ketua jurulatih untuk saingan Liga M musim 2021 di UiTM, Shah Alam semalam.

Dalam perkembangan sama, UiTM FC turut mengambil keputusan untuk mengekalkan ­khidmat Frank Bernhardt untuk kempen musim depan selain memberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) baharu untuk dicapai.

“Selain kekal dalam kancah Liga M, kami mahu Bernhardt membantu pasukan meraih slot ke kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI