PETALING JAYA – Belanjawan Madani Kedua mencatatkan belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dengan memperuntukkan RM393.8 bilion ringgit.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Ujarnya, daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion ringgit adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka. – KOSMO! ONLINE