PETALING JAYA – Blok pembangkang mengenakan baju Melayu berwarna putih ketika hadir pada pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen hari ini.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! menerusi siaran langsung yang dipaparkan di Dewan Rakyat mendapati rata-rata blok pembangkang dari Perikatan Nasional mengenakan baju Melayu dan bersongkok.
Selain itu, kelibat Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di Parlimen hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pukul 4 petang ini.
Ia merupakan belanjawan kedua beliau sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Belanjawan 2024 dijangka menyediakan peruntukan lebih besar berbanding RM388. 1 bilion yang dibentangkan pada Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE