fbpx

Hafizul Hakim terus setia bersama Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZUL HAKIM mengakui ada beberapa pasukan melamarnya ketika ini.

Oleh AZIZAN HASHIM

PERSOALAN mengenai kedudukan penjaga gol No. 1 Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy terjawab apabila pemain itu buat keputusan kekal bersama pasukan The Bos Gaurus itu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2021.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

“Hafizul sudah tanda tangan kontrak bersama Perak beberapa hari lalu. Jadi, tidak timbul soal dia akan berpindah ke pasukan lain,” kata Adly ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum ini pemain itu mencetus kebimbangan apabila berkata belum membuat keputusan mengenai masa hadapannya bersama Perak selepas turut menerima tawaran dari pasukan lain.

Berikutan itu timbul spekulasi bahawa bekas penjaga gol kebangsaan berusia 27 tahun itu bercadang memilih haluan berbeza.

Dalam perkembangan sama, Adly juga menafikan dakwaan bahawa ramai pemain pasukan The Bos Gaurus akan meninggalkan Perak musim hadapan.

Beliau hairan dari mana maklumat itu diperolehi kerana ter­nyata ia tidak betul.

“Pemain-pemain yang dikatakan hendak berpindah itu masih punyai kontrak dengan Perak.

“ Jadi tidak timbul soal mereka hendak berpindah ke pasukan lain tahun hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI