Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan 2024 diyakini mampu membawa ekonomi negara ke tahap lebih baik.
Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani diharapkan mampu menyokong agenda pembangunan kebajikan negara khususnya dalam menghadapi cabaran global masa kini.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan belanjawan buat kali kedua selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada petang ini.