fbpx

Yob Jagor ganggu tanaman penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOB Jagor (tengah) yang dikatakan merosakkan tanaman penduduk dipindahkan Perhilitan Perak dalam operasi di Kampung Jagor, Gerik, semalam.

GERIK – Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk Kampung Jagor, di sini akhirnya berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah jantan seberat 1.8 tan itu ditangkap dalam operasi oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG), Ahad lalu.

Katanya, aduan mengenai kehadiran mamalia yang dinamakan Yob Jagor itu diterima Jun lalu setelah dikatakan merosakkan tanaman penduduk.

“Kawalan dijalankan UTG daerah Gerik di kawasan kampung itu selepas menerima aduan kemusnahan tanaman penduduk membabitkan kerugian RM10,000.

“Yob Jagor berjaya ditangkap Ahad lalu dan operasi memindahkan haiwan itu dilakukan semalam dengan melibatkan keseluruhan 25 anggota,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi itu, anggota Perhilitan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) terpaksa berjalan kaki lebih empat kilometer (KM) untuk memindahkan gajah berkenaan.

Katanya, keadaan jalan yang berlumpur dan berbukit menyebabkan kenderaan berat yang digunakan untuk membawa keluar haiwan itu tidak dapat masuk ke lokasi tangkapan.

“Dua ekor gajah denak Sanum dan Cheri digunakan untuk memujuk dan menarik gajah liar berkenaan. Gajah liar itu akan dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Deka, Terengganu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI