fbpx

Spurs harapkan sentuhan ’emas’ Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE percaya Spurs bakal membuktikan mereka serius memburu gelaran liga musim ini jika mampu menundukkan City awal pagi esok. – AFP

LONDON – Penyerang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane percaya kecemerla­ngan pasukan untuk berada di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini adalah berpunca daripada sentuhan ‘emas’ pengurus, Jose Mou­rinho.

Bagaimanapun, Spurs yang telah mencatat lima kemena­ngan dalam lapan perlawanan musim ini bakal berdepan tugas getir apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan gergasi, Manchester City di laman sendiri awal pagi esok.

Kata Kane, pertemuan menentang skuad The Citizens bakal memberi cabaran terbaik buat pasukan dalam membuktikan bahawa mereka serius untuk merebut gelaran liga musim ini selepas tampil cemerlang sejak dua bulan lalu.

“Kami telah beraksi de­ngan baik pada saingan musim ini tetapi musim baru sahaja bermula. Pasukan tidak boleh mendabik dada tetapi saya rasa langkah yang kami lakukan ketika ini adalah yang terbaik sejak beberapa musim lepas.

“Secara jujur, saya tidak terkejut dengan prestasi semasa kerana kami telah dibim­bing oleh jurulatih yang memiliki karisma dan mentaliti juara se­perti Mourinho. Dia mempunyai aura tersendiri di atas padang dalam memastikan pasukan mencatat kemenangan walaupun tidak beraksi dengan baik.

“Buat masa ini, saya tidak mahu pemain terlalu memikirkan potensi menamatkan kemarau trofi tetapi lebih baik memikirkan satu perlawanan ke satu perlawanan dan fokus utama ketika ini adalah aksi menentang City.

“Justeru, saya mahu barisan pemain memberikan tumpuan penuh kerana City adalah pasukan yang cukup berkualiti walaupun prestasi mereka sebelum ini di pentas liga tidak menentu dan kami tidak boleh memandang rendah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI