PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan bangunan Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya sekitar pukul 2 petang tadi.
Ahli Parlimen Tambun itu dijangka bertolak ke Parlimen sebentar sahaja lagi bagi membentangkan Belanjawan 2024 pada pukul 4 petang ini.
Beliau kelihatan lengkap berpakaian baju Melayu putih beserta sampin merah ketika tiba di pekarangan bangunan Kementerian Kewangan.
Turut kelihatan tiba adalah Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembentangan belanjawan ini adalah yang kedua selepas Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar dibentuk pada 2 Disember lalu.
Anwar pernah membentangkan belanjawan ketika memegang portfolio Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998.
Sebelum memulakan perjalanan, majlis didahulu dengan bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail.
Belanjawan 2024 dijangka menyediakan peruntukan lebih besar berbanding RM388. 1 bilion yang dibentangkan pada Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE