fbpx

Ibu tidak maafkan Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECIL hari, Fauziah Sarman tidak reda dan tidak boleh memaafkan perbuatan Shila Amzah buat masa ini.

PETALING JAYA – “Nurshahila, kau tanggunglah dosa, mak tak maafkan.”

Pedih, namun itulah luahan ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman yang terkilan dengan situasi menimpa keluarganya gara-gara dakwaan anak sulungnya.

Atas situasi tersebut, dia bertegaskan belum bersedia untuk memaafkan perbuatan Shila yang disifatkan cuba menutup kebenaran.

“Buat masa ini mak belum dapat maafkan dan mak tak reda dengan apa yang Shila buat. Berhenti menipu!,” tulis Fauziah dalam Instagram.

Menerusi hantaran sama, wanita berusia 55 tahun itu mendakwa berlaku penipuan mengenai isu rumah serta hal lain yang disebarkan darah daging sendiri sehingga membuka sekian banyak tohmahan masyarakat terhadap dirinya.

Keadaan tersebut susulan kenyataan terbuka penyanyi Patah Seribu itu membalas luahan dua adiknya, Amir Syafiq dan Syada.

“Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji mak sendiri dalam video ‘live’, Allah tahu apa kebenarannya,” katanya secara sinis.

Menerusi perkongsian sama, ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu turut meminta Shila menanggung dosa atas semua perbuatan yang dilakukan.

“Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosaku, hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepada-Mu kerana sesungguhnya aku milik-Mu. Nurshahila, kau tanggunglah dosa.

Pergolakan dalam keluarga penyanyi itu bermula selepas adik bongsunya, Syada membuat luahan mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang diduduki bersama ibu mereka.

Rentetan itu, Shila membuat balasan dalam sesi siaran langsung dalam Instagram dengan mendedahkan dirinya bekerja sejak umur 10 tahun selain tidak memegang kad bank serta pengenalan diri sehingga berumur 28 tahun.

Penyanyi Patah Seribu itu turut memperincikan mengenai isu menjual rumah pusaka serta sikap Syafiq dan Syada yang menghangatkan lagi konflik terbuka keluarga. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI