PETALING JAYA – Perdana Menteri berharap pembentangan Belanjawan 2024 petang ini dapat membimbing ekonomi ke tahap lebih baik.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pembentangan itu juga diharapkan dapat membantu negara berdepan tentangan global masa kini.
“Saya akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada jam 4.00 petang ini.
“Moga intipati pembentangan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tentangan global masa kini, selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara, insya-Allah,” katanya, di sini tadi.
Anwar akan membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pukul 4 petang ini.
Ia merupakan belanjawan kedua beliau sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Belanjawan 2024 dijangka menyediakan peruntukan lebih besar berbanding RM388. 1 bilion yang dibentangkan pada Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE