fbpx

McGregor buat pusingan U lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCGREGOR naik angin dan berbulu dengan kenyataan yang dibuat oleh Khabib selepas dia kalah kepada Poirer semalam.

LOS ANGELES – Bintang seni bela diri campuran (MMA) dunia, Conor McGregor membuat pu­singan U apabila bertindak kembali daripada persaraan untuk bertarung dengan Dustin Poirier pada Januari tahun depan.

Petinju Ireland itu mendedahkan, pertarungan dalam kategori 70 kilogram akan berlangsung pada 23 Januari di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menjadi gelanggang pilihan pertembu­ngan tersebut.

Difahamkan, McGregor telah menandatangani perjanjian untuk bertarung dalam acara utama di UFC 257 dan Poirier juga telah menyatakan persetujuan untuk berdepan McGregor.

“Sudah pasti saya sangat gembira untuk kembali ke gelanggang dan melakukan apa yang saya cintai sekali lagi.

“Saya teruja untuk menghadapi cabaran baharu yang akan dibawa Dustin sejak pertaru­ngan pertama kami. Sudah pasti ia merupakan pertarungan yang hebat untuk disaksikan,” kata­nya.

Sebagai rekod, McGregor per­nah menumbangkan Poirier de­ngan keputusan knockout di pusingan pertama pada tahun 2014 dan tidak berada di gelanggang sejak Januari lalu selepas dia menewaskan Donald Cerrone dalam tempoh 40 saat.

McGregor sebelum ini sudah beberapa kali me­ngumumkan persaraannya termasuk sekali lagi mengumumkannya pada Julai lalu.

McGregor juga dikatakan akan melakukan pertemuan menentang ikon tinju Fili­pina, Manny Pacquiao. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI