fbpx

Lelaki dicabul di tandas hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan suspek warga Qatar tersebut untuk disoal siasat. – Khaosod

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang warga Qatar kerana didakwa meliwat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di dalam tandas sebuah hospital di Bangkok, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Pegawai Balai Polis Lumpini yang menjalankan siasatan kes serangan seksual tersebut menangkap suspek berusia 23 tahun dari Qatar bernama Saoud Hussain Ma Alyafel.

Menurut mangsa, dia merupakan pekerja sambilan di sebuah kedai kopi dalam bangunan hospital swasta tersebut.

Dia  dan rakan sekerja sedang membersihkan kafe itu sebelum ia ditutup sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) apabila mereka didatangi suspek yang mahu membeli aiskrim.

Mangsa memberitahu suspek bahawa kedai itu sudah ditutup, menyebabkan suspek bertanyakan arah untuk pergi ke tandas.

Mangsa kemudian mengajak suspek mengikutinya ke tandas memandangkan dia juga perlu menggunakan kemudahan tersebut ketika itu.

Apabila berada di dalam tandas, mangsa mendakwa suspek menghampirinya dari belakang dan mengheretnya masuk ke dalam kubikel tandas sebelum meliwatnya.

Menurut mangsa, dia tidak mengenali suspek dan tidak pernah melihatnya di hospital itu sebelum ini.

Suspek menafikan melakukan perbuatan itu.

Namun, jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara empat hingga 20 tahun dan denda antara 80,000 baht (RM10,440) hingga 400,000 baht (RM52,204) kerana merogol menggunakan kekerasan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI