fbpx

Kebun penduduk musnah jadi ‘taman permainan’ gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar menunjukkan sebahagian anak pokok kelapa sawit di kebunnya yang rosak selepas dimusnahkan gajah liar di Kampung Jenagor, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Penduduk Kampung Jenagor di sini, yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman terpaksa menanggung kerugian selepas kebun mereka diceroboh seekor gajah liar hampir setiap malam sejak bulan lalu.

Situasi itu menyebabkan ada penduduk yang tidak dapat turun ke kebun masing-masing kerana bimbang dengan ke­selamatan diri.

Antara tanaman yang dimusnahkan gajah liar berkenaan ialah pokok getah, pokok kelapa sawit, pokok cempedak dan pelbagai jenis sayur-sayuran.

Seorang penduduk, Fabiah Kasim, 62, berkata, kebuh getah, sayur dan buah-buahannya seluas kira-kira 0.8 hektar telah diceroboh gajah liar itu hampir setiap malam sejak 11 September lalu.

“Kebun saya bagaikan ‘taman permainan’ buat gajar liar itu. Berdasarkan kesan tapak kaki, kami percaya hanya seekor yang terlibat.

“Setakat ini, tiga batang anak pokok getah, sebatang anak pokok gelugur serta beberapa batang pokok kelapa dan cempedak di kebun saya telah dimusnahkan oleh gajah tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Fabiah berkata, dia juga semakin takut untuk keluar menoreh di kebunnya pada awal pagi kerana bimbang diserang gajah terbabit.

Timbalan Pengerusi Jabatan Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jenagor, Anuar Kamaruddin berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima lima aduan dari­pada penduduk yang mendakwa kebun mereka musnah diceroboh gajah liar.

Beliau berkata, kejadian itu juga telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri.

“Saya difahamkan anggota Perhilitan telah turun padang untuk meninjau dan memantau kawasan terlibat.

“Berdasarkan pemantauan awal, kami percaya gajah tersebut merupakan haiwan sama yang pernah memasuki kebun penduduk pada bulan Julai lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI