fbpx

Konflik Israel-Palestin:Tiada bekalan air, elektrik ke Gaza selagi Hamas tidak bebas tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai berdiri di sebelah mayat mangsa serangan udara Israel di luar rumah mayat hospital al-Shifa di Gaza hari ini. – AFP

TEL AVIV – Menteri Tenaga, Israel Katz berjanji bahawa  Israel tidak akan menyalurkan sumber asas atau kemanusiaan sehingga Hamas membebaskan semua tebusan yang diculik semasa serangan mengejut Sabtu lalu.

“Bantuan Kemanusiaan ke Gaza? Tiada suis elektrik akan dihidupkan, tiada air paip akan dibuka dan juga  tiada lori bahan api akan masuk sehinggalah tebusan Israel pulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekitar 150 warga Israel, orang asing dan mereka yang mempunyai dua kewarganegaraan diculik ke Semenanjung Gaza oleh pejuang Hamas sebagai sebahagian serangan pada Sabtu lalu yang membunuh lebih 1,200 orang di Israel.

Sebagai membalas dendam, Israel melancarkan kempen serangan udara dahsyat  ke atas Hamas di Genting Gaza dan membunuh juga kira-kira 1,200 orang.

Sejak beberapa hari lalu,  Israel mengumumkan kepungan penuh ke atas Gaza dengan memotong bekalan air, elektrik dan bahan api. Satu-satunya loji janakuasa di wilayah Palestin itu ditutup semalam kerana ketiadaan bahan api. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI