fbpx

MYAirline: 5,000 penumpang, 40 penerbangan terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirline telah menjejaskan kira-kira 5,000 penumpang.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, data operasi menunjukkan sejumlah 39 penerbangan yang memberi perkhidmatan kepada destinasi tempatan dan satu laluan antarabangsa ke Lapangan Terbang Don Mueang (DMK) terjejas.

Susulan itu katanya, MAHB telah mengerahkan sumbernya di lapangan terbang berkaitan dalam rangkaiannya untuk memberi bantuan sewajarnya kepada penumpang yang terkesan.

“Notis berkaitan telah diletakkan di terminal dan kakitangan lapangan terbang berada di lapangan untuk menawarkan bantuan mengenai pilihan penerbangan alternatif oleh syarikat penerbangan lain.

“Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kawasan rehat telah disediakan di Aras 3 Terminal 2 dan Aras 5 Anjung Tinjau Terminal 1 supaya penumpang boleh menunggu penerbangan seterusnya dengan selesa.

“Pada masa ini, keadaan di lapangan terbang terjejas terkawal,” jelasnya.

Dalam pada itu MAHB menasihatkan agar penumpang yang belum berada di lapangan terbang untuk tidak datang ke KLIA.

“Sebaliknya, mereka boleh merujuk pilihan penerbangan alternatif daripada syarikat penerbangan lain melalui laman web syarikat penerbangan masing-masing,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI