fbpx

Dekad Bahasa Kebangsaan memartabat kesusasteraan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Shafruddin Ali Hussin (tiga dari kiri) dan tetamu kenamaan lain pada Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) me­nganjurkan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2023 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, di sini baru-baru ini.

Pelaksanaan majlis berkenaan merupakan acara kemuncak semua program kebahasaan dan aktiviti bahasa kebangsaan yang melibatkan warga kerja di bahagian dan agensi di bawah KPM sepanjang tahun 2023.

Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2023 dirasmikan oleh Menteri Pendidikan sendiri.

Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan merupakan satu langkah proaktif KPM dalam menjenamakan semula Bulan Bahasa Kebangsaan, yang mana pelbagai kegiatan kebahasaan dan kesu­sasteraan telah dilaksanakan di seluruh negara khususnya sektor pendidikan yang terdiri daripada KPM, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi memperkasa dan memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Program tahunan itu bertujuan untuk menunjukkan komitmen berterusan KPM dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap program yang dilaksanakan, selain menekankan kepentingan membudayakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul agar keindahan bahasa kebangsaan terus terpamer.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur antara yang turut menghadiri majlis sambutan tersebut.

Ia turut mempamerkan komitmen Pengurusan Tertinggi KPM khasnya, dan warga KPM umum­nya dalam usaha untuk terus menjunjung, mendaulatkan serta me­ngukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam segala aspek pentadbiran dan pengurusan di samping menanamkan kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan Negara.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan, Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat KPM, Forum Bahasa Melayu Sektor Pendidikan, Bengkel Pemerkasaan Tulisan Jawi pe­ringkat KPM dan pelbagai aktiviti lain di peringkat bahagian dan agensi.

Fadhlina menyampaikan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu kepada Dr. Siva a/l Rabindarang.

Dalam majlis berke­naan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut menyampaikan Anugerah Tokoh Bahasa Me­layu Sektor Pendidikan Kategori Teknik Vokasional yang telah dinobatkan kepada Ts. Dr. Siva a/l Rabindarang, Ketua Jabatan Teknologi Awam, Kolej Vokasional Slim River, Perak.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI