fbpx

Euro2024: Koeman kekal pendirian tolak Gravenberch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRAVENBERCH tidak dipanggil untuk memperkuatkan skuad senior dan B-21 Belanda selepas menolak panggilan tugasan antarabangsa sebelum ini. - AFP

AMSTERDAM – Biarpun sedang berdepan isu kecederaan pemain, pengendali Belanda, Ronald Koeman tetap enggan memanggil Ryan Gravenberch untuk memperkuatkan pasukan itu ekoran kemarahan berikutan kontroversi sebelum ini.

Koeman yang bakal berdepan tugas getir pada aksi Kumpulan B kelayakan Euro 2024 menentang Perancis, awal pagi esok berang apabila Gravenberch selepas bertindak menolak panggilan skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Belanda bulan lalu.

The Oranje kini berdepan krisis kecederaan melibatkan tonggak utama seperti Sven Botman, Memphis Depay, Cody Gakpo, Frenkie de Jong, Matthijs de Ligt, Mark Flekken, Noa Lang, Steven Berghuis dan Teun Koopmeiners.

Menyedari situasi yang sedang dihadapi pasukan ketika ini, Koeman menegaskan fokusnya kini lebih terarah kepada perlawanan dengan Greece, minggu depan

“Saya masih anggap dia pemain berbakat dan saya harap dia akan mendapat lebih banyak minit permainan bersama Liverpool bagi meneruskan perkembangannya. Selepas itu, dia pasti akan menjadi pemain skuad kebangsaan Belanda.

“Kini kami masih ada 23 pemain dan semua orang perlu hadapi situasi sekarang, malah saya sendiri tidak pernah alami keadaan seperti ini. Apa sahaja keputusan ketika menentang Perancis kami terima, namun paling penting adalah pada pertemuan dengan Greece,” katanya.

Ketika ini, Gravenberch yang baharu saja melengkapkan perpindahan ke The Reds turut tidak disenaraikan dalam skuad B-21 Belanda kendalian Michael Reiziger. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI