fbpx

‘Datuk Malik’ masih disiasat – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di media sosial Abdul Malik (kanan), 28 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap ahli perniagaan, Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali ‘Dato Malik’ setelah dibebaskan dengan jaminan 26 Julai lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap ahli perniagaan itu sedang dijalankan meskipun beliau dibebaskan sehari selepas ditahan SPRM.

“Siasatan masih dijalankan dan saya perlu tegaskan bahawa siasatan terhadapnya bukan sahaja membabitkan SPRM malah ia melibatkan satu ‘taskforce’ yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja (Kastam).

“Jadi, kita mesti ada satu dapatan siasatan kolektif sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Public Private Partnership (PPP) Fasa 2, di Dorsett Hotel, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk serta ahli sekutunya ditahan dalam Op 82S, manakala sejumlah wang tunai kira-kira RM38 juta, emas anggaran berat 200 kilogram bernilai RM60 juta serta 17 buah kereta mewah disita.

Antara kereta jenama mewah yang disita adalah Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI