fbpx

Lelaki pecah masuk rumah dipenjara tujuh tahun, dua kali sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Naaim (tengah) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar selepas mengaku bersalah memecah masuk sebuah rumah di Felda Bersia di Gerik, Ahad lalu.

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki yang tersangkut pada tingkap nako ketika cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah di Felda Bersia di Gerik Ahad lalu, dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Abdul Naaim Abu Bakar, 38, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu telah melakukan pecah rumah ke atas bangunan yang digunakan sebagai kediaman bagi maksud mencuri wang berjumlah RM77 milik seorang wanita berusia 39 tahun di sebuah rumah di Felda Bersia pada pukul 1.10 pagi, 8 Oktober 2023.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh ditangkap selepas dijumpai tersekat pada tingkap nako di bahagian dapur ketika cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah dan mencuri wang tunai sebanyak RM77. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI