fbpx

Vietnam hanya terima dua daripada 11 jenis sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOLING merupakan salah satu sukan yang diterima oleh Vietnam untuk dianjurkan pada Sukan SEA Hanoi nanti.

PENGANJUR Sukan SEA edisi ke-31, Vietnam hanya meluluskan dua daripada 11 jenis sukan yang dirayu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya dipertandingkan pada temasya sukan tersebut.

Sebelum ini, Malaysia mengemukakan rayuan meliputi 11 jenis sukan yang dianggap sebagai lubuk emas kontinjen negara termasuk hoki dalam dewan, bola jaring, kriket, skateboard, pelayaran, sambo, boling, ragbi, skuasy, boling padang dan e-Sukan.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya menghormati keputusan tuan rumah, lebih-lebih lagi Vietnam lebih memberi fokus untuk menganjurkan sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik.

“Keputusan yang penganjur lakukan, semuanya perlu dirujuk kepada kerajaan mereka dan kita hormatinya, jadi daripada 11 jenis sukan yang dikemukakan, hanya e-Sukan dan boling dimasukkan dalam senarai sukan dipertandingkan.

“Ada beberapa Jawatankuasa Olimpik Nasional (NOC) negara lain tidak berpuas hati kerana tuan rumah tidak melayan rayuan yang mereka kemukakan, terutamanya hoki dalam dewan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MOM, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan, pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa pemilihan bagi menetapkan kriteria atlet ke Sukan SEA 2021.

“Januari nanti kita akan tubuhkan jawatankuasa pemilihan bagi mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai sukan-sukan yang bakal disertai.

“Mengenai gabungan atlet muda dan senior, kita akan umumkan kriteria pemilihan selepas jawatankuasa pemilihan diwujudkan. MOM juga sudah mengadakan kaji selidik dengan berjumpa semua Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA),” ujarnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI