fbpx

Mahkamah: SPRM tahan kakitangan IPT disyaki terima rasuah motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan IPT (tengah) direman bagi membantu siasatan menerima rasuah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Terengganu ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan menerima rasuah melebihi RM30,000.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri membenarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berusia 50-an ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu pada pukul 1 tengah hari di pejabat SPRM negeri di sini semalam.

“Siasatan awal mengesyaki lelaki yang juga juruukur bahan universiti itu menerima rasuah berupa sebuah motosikal Yamaha Y15Z dan wang tunai bernilai keseluruhan RM30,000.

“Suapan terbabit dipercayai diterima daripada wakil sebuah syarikat pengubahsuaian,” katanya di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, penerimaan rasuah berkenaan disyaki sebagai balasan mengesyorkan kerja-kerja pengubahsuaian bernilai RM3 juta di universiti berkenaan kepada syarikat terbabit.

Tambah beliau, suapan itu juga dorongan bagi mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan kerja melibatkan projek tersebut kepada syarikat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI