fbpx

Tiga pusat Baitul Mahabbah akan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika menyampaikan replika cek Pertandingan Pameran Projek Inovasi kepada wakil pemenang di ibu negara hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebuah lagi pusat penempatan khas anak-anak tahanan imigresen, Baitul Mahabbah akan dilancarkan bulan depan yang akan beroperasi di Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pusat penempatan itu adalah yang kedua selepas yang pertama dilancarkan di Nilai, Negeri Sembilan pada 4 September lalu.

Beliau berkata, kementerian berhasrat untuk membuka empat Baitul Mahabbah bagi menempatkan kira-kira 1,400 anak-anak tahanan imigresen berusia 18 tahun dan ke bawah.

“Kos bagi pembinaan tiga pusat itu termasuk yang kedua di Sabah bulan depan adalah sekitar RM10 juta. Dua lagi Baitul Mahabbah dijangka di buka di Sarawak dan sebuah lagi di Semenanjung.

“Kita telah memohon supaya inisiatif pembinaan pembinaan itu dimasukkan dalam Bajet (Belanjawan) 2024 yang akan dibentangkan esok,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Katanya, inisiatif mewujudkan pusat itu termasuk dalam 15 perkara yang dimohon KDN untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2024 esok.

Saifuddin berkata, beliau berharap ia diluluskan sekali gus memberi penempatan dan kemudahan lebih selesa kepada anak-anak tahanan imigresen.

Inisiatif Baitul Mahabbah adalah sesuai dengan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Kanak-Kanak 2021 ataupun di bawah Kanun Keseksaan dan selaras Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI