fbpx

RapidKL saran penyokong Harimau Malaya guna pengangkutan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/ Sri Petaling akan melanjutkan waktu operasi di Stesen LRT Bukit Jalil sehingga pukul 12.30 tengah malam Sabtu.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, lanjutan waktu itu bagi memudahkan perjalanan penyokong Harimau Malaya untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan Pesta Bola Merdeka 2023 yang bakal berlangsung esok.

“Serentak dengan itu, waktu operasi bagi stesen-stesen integrasi juga akan dilanjutkan. Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa. Penumpang boleh keluar di stesen-stesen tersebut bagi meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

“Rapid KL menasihatkan agar para penyokong menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan memastikan baki pada kad adalah mencukupi atau membeli token perjalanan pulang lebih awal bagi kelancaran perjalanan pergi dan balik,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, penyokong disaran agar menggunakan fasiliti ‘Park N Ride’ di stesen-stesen rel terpilih bagi memudahkan perjalanan tanpa perlu menempuh kesesakan trafik serta kesulitan dalam mencari parkir di kawasan stadium.

“Sila gunakan kad TnG yang sama bagi mendapatkan kadar rata bagi bayaran parkir.

“Inisiatif lanjutan perkhidmatan ini adalah sebagai tanda sokongan Rapid KL terhadap pasukan negara serta para penyokong Harimau Malaya dalam memastikan kemudahan pengangkutan awam tersedia bagi mengurangkan kesesakan kenderaan di sekitar kawasan stadium pada hari perlawanan nanti,” jelasnya.

Orang ramai juga boleh melayari Twitter dan Facebook MyRapidKL atau layari laman web www.myrapid.com.my untuk maklumat lebih lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI